
Peguam Pemuda UMNO akan bantu dapatkan keadilan buat lelaki OKU dipukul beramai-ramai
CYBERJAYA – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh berjanji akan menegakkan keadilan buat lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) yang dipukul beramai-ramai di Kemaman, Terengganu, baru-baru ini.
Beliau dalam satu hantaran di akaun media sosialnya berkata, beliau sudah dapat berbual dengan isteri lelaki tersebut, dan memberikan janji tersebut.
“Alhamdulilah dapat bercakap dengan kak dah tadi, isteri kepada Abang Ahmad yang dipukul beramai-ramai tanpa rasa sekelumit perasaan kasihan.
“Peguam Pemuda UMNO akan ambil kes ini untuk mendapatkan pengadilan sebaiknya untuk Abang Ahmad… Kita jumpa di mahkamah!” kongsinya dalam hantaran tersebut.
Dr Akmal turut berkongsi satu video memaparkan perbualannya bersama isteri mangsa.
Dalam perbualan itu, beliau menekankan kos guaman bukan isu kera ia akan ditanggung sepenuhnya oleh pihaknya.
Beliau turut memberitahu, pihak peguam akan turut meminta supaya para pelaku dihukum sekeras-kerasnya mengikut peruntukan sedia ada.
Insiden tersebut berlaku apabila seorang lelaki OKU mental yang menunggang motosikal dikatakan melanggar sebuah gerai jualan di sebuah pasar tani di Chukai, Terengganu, pada pukul 9.30 pagi, Jumaat lalu.
Perlanggaran itu menyebabkan barangan jualan seorang peniaga tumpah dan terjatuh sebelum mangsa dipukul beberapa lelaki sehingga cedera.
Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kemaman dan dirawat sebagai pesakit luar.
Sementara itu, polis menahan tiga lelaki berusia 18 hingga 60 tahun bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








