POLITIK

‘Nak lapor polis? Teruskan… Untuk takut kepada kamu, tidak sama sekali.’

CYBERJAYA – Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh berkata beliau tidak takut berdepan laporan polis bakal dibuat Pemuda DAP (DAPSY) seperti diarahkan Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook.

Akmal turut membidas Anthony yang mendakwa beliau mencabar kedaulatan undang-undang kerana tidak mengendahkan amaran pihak berkuasa dengan meneruskan perarakan di Kepala Batas, semalam.

“Dulu masa zaman kamu pembangkang tetap buat juga, jadi itu pun boleh didakwa ke kerana melanggar arahan Ketua Polis Negara?

“Siap kereta terbalik dan memijak gambar muka pemimpin kerajaan lagi ketika itu,” katanya dalam satu hantaran di akaun Facebooknya, hari ini.

Akmal turut berkata, pihaknya berhimpun secara aman, semalam.

“Nak lapor polis? Teruskan sahaja dan saya sedia untuk beri kerjasama. Untuk takut kepada kamu, tidak sama sekali,” katanya lagi.

Terdahulu, Loke mengarahkan DAPSY di seluruh negara untuk membuat laporan polis terhadap Akmal susulan kejadian demonstrasi, semalam.

Katanya, tindakan Akmal tidak mengendahkan amaran pihak polis juga adalah satu perbuatan mencabar kedaulatan undang-undang dan mengganggu ketenteraman awam yang menyebabkan kegusaran peniaga-peniaga di sekitar kawasan tersebut sehingga mereka terpaksa menutup perniagaan mereka lebih awal.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button