BERITA SEMASA
Semua sekolah di WP KL, Selangor dibuka esok
CYBERJAYA – Semua sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor beroperasi esok, namun semua aktiviti luar ditangguhkan susulan keadaan jerebu.
Berdasarkan kenyataan dimuat naik di media sosial Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) WP KL dan Selangor, murid yang hadir ke sekolah digalakkan memakai pelitup muka sebagai langkah berjaga-jaga susulan keadaan jerebu semasa.
“Ibu bapa yang bimbang akan kesihatan anak-anak semasa jerebu boleh tidak menghantar anak ke sekolah dengan memaklumkan perkara itu kepada pihak sekolah,” kata JPN WP KL dan JPN Selangor dalam kenyataan tersebut, hari ini.
Sehubungan itu, semua pihak diminta terus peka terhadap perkembangan semasa dan mematuhi nasihat pihak berkuasa berkaitan keadaan jerebu.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








