BERITA SEMASADALAM NEGERI

KKR kerah pasukan teknikal JKR buat penilaian segera sekolah terbakar di Baling

KUALA LUMPUR – Pasukan teknikal Jabatan Kerja Raya (JKR) digerakkan segera ke lokasi kebakaran sebuah sekolah di Baling, Kedah hari ini bagi menjalankan penilaian awal tahap keselamatan struktur bangunan yang terjejas.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, tindakan pantas itu diambil sebaik sahaja keadaan disahkan selamat oleh pihak berkuasa memandangkan keselamatan warga sekolah menjadi keutamaan kementerian.

“KKR memandang serius insiden ini dan bersimpati dengan pihak sekolah, warga pendidik serta pelajar yang terkesan.

“Fokus utama ketika ini ialah memastikan keselamatan semua pihak terjamin serta menilai keadaan struktur bangunan terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, KKR juga akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta pihak berkuasa tempatan bagi tindakan susulan termasuk kerja pembaikan dan langkah keselamatan yang diperlukan.

Terdahulu, kejadian kebakaran itu mengejutkan penduduk apabila api dan asap tebal kelihatan memenuhi bahagian bumbung sebuah blok di Sekolah Kebangsaan Baling pada pagi hari cuti hujung minggu negeri berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button