Lelaki ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Kota Damansara
PETALING JAYA – Seorang lelaki maut selepas rumah yang didiaminya terbakar dalam kejadian di Jalan Kenyalang 11/6B, Kota Damansara, di sini pagi tadi.
Mangsa, Nik Muzaidi Nik Abdullah, 54, ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di beranda tingkat atas rumah tersebut sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang berada di lokasi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 9.09 pagi.
Menurutnya, seramai 17 anggota bersama empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dan BBP Damansara dikerahkan ke lokasi bagi menjalankan operasi memadam kebakaran.
“Setibanya di lokasi, didapati sebuah rumah separuh berkembar dua tingkat dengan keluasan kira-kira 4,800 kaki persegi telah terbakar sekitar 40 peratus.
“Mangsa yang berada di beranda tingkat atas berjaya dikeluarkan dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |














