16 maut dalam nahas bas di bandar Samarang, Jawa Tengah
JAKARTA – Sekurang-kurangnya 16 penumpang dilaporkan maut selepas sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan dari Jakarta ke Yogyakarta terlibat dalam kemalangan di bandar Semarang, Jawa Tengah, malam tadi.
Bas yang membawa 34 penumpang itu dipercayai hilang kawalan ketika melalui lebuh raya bertol sebelum merempuh penghadang konkrit dan terbalik.
Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat, Budiono berkata, bas antara wilayah berkenaan terbalik ketika memasuki susur keluar berselekoh di lebuh raya Krapyak.

Menurutnya, hentaman kuat menyebabkan beberapa penumpang tercampak, manakala sebahagian lagi terperangkap di dalam kabin bas.
“Impak perlanggaran sangat kuat hingga mengakibatkan penumpang tercampak dan terperangkap,” katanya.
Polis dan pasukan penyelamat tiba kira-kira 40 minit selepas kejadian dan menemukan enam mangsa maut di lokasi kejadian.
“Sepuluh lagi penumpang disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital atau semasa menerima rawatan,” katanya.
Beliau berkata, seramai 18 mangsa dirawat di dua hospital berhampiran, termasuk lima dalam keadaan kritikal dan 13 lagi cedera parah.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








