Warga Yaman maut kereta terbabas masuk gaung
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Yaman maut manakala tiga lagi cedera selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung di Kilometer 27.4 Lebuh Raya Kuala Lumpur menghala ke Karak, awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.47 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang digerakkan ke lokasi kejadian.
Menurut beliau, kemalangan tersebut melibatkan sebuah kereta yang dipercayai terbabas sendiri sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam empat meter.
“Anggota bertugas berjaya mengeluarkan empat orang mangsa lelaki iaitu tiga orang warga Yaman dan seorang warga Iraq.
“Seorang mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) manakala tiga lagi mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








