Bot terbalik berhampiran Pulau Liberty, ibu dan bayi maut
NEW YORK – Seorang wanita berusia 27 tahun dan bayi perempuannya berusia lima bulan maut selepas sebuah bot yang membawa 14 penumpang terbalik berhampiran Pulau Liberty di Pelabuhan New York, malam Sabtu.
Kejadian berlaku pada pukul 10.25 malam waktu tempatan ketika bot berukuran 22 kaki itu berada berhampiran Patung Liberty.
Pasukan penyelamat termasuk anggota Jabatan Bomba New York (FDNY) dan Jabatan Polis New York (NYPD) dikerahkan ke lokasi selepas menerima laporan bot terbalik dan penumpangnya terjatuh ke dalam air.
Seramai 12 individu berjaya diselamatkan dan dibawa mendapatkan rawatan, manakala wanita dan bayinya ditemui penyelam polis dalam keadaan kritikal sebelum dikejarkan ke hospital.
Kedua-duanya kemudian disahkan meninggal dunia.
Pihak berkuasa turut menahan pengendali bot, Manuel Hernandez, 46, yang didakwa dengan 13 pertuduhan membahayakan keselamatan secara melulu.
Menurut laporan, pihak berkuasa kini menyiasat punca bot berkenaan terbalik, selain meneliti sama ada ia memenuhi syarat keselamatan dan peraturan operasi bot penumpang.
Siasatan turut melibatkan Pengawal Pantai Amerika Syarikat dan pihak berkuasa New York.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








