Pempengaruh kecergasan AS lemas di rumah mewah sewa di Thailand
BANGKOK: Seorang pempengaruh kecergasan dari Amerika Syarikat (AS) ditemukan lemas selepas terjun ke sebuah tasik di kawasan perumahan mewah di wilayah Samut Prakan pada petang Selasa, selepas dilihat bertindak di luar kawalan.
Mangsa dikenali sebagai Connor Michael Murphy, 32, berasal dari Texas dan terkenal sebagai pembina badan serta YouTuber dengan lebih 2.3 juta pengikut.
Menurut polis, Murphy tiba di kawasan perumahan di Bang Phli dengan menaiki kenderaan sewa sebelum menunjukkan tingkah laku pelik, termasuk menjerit, berguling di atas jalan dan mengangkat tangan seolah-olah sedang berdoa.
Pengawal keselamatan berkata, mangsa cuba meminta penduduk membawanya masuk ke kawasan perumahan sebelum menjadi semakin agresif.

Sebaik polis tiba di lokasi, Murphy bertindak melarikan diri lalu terjun ke dalam tasik. Dia dilihat berenang sebelum keletihan dan tenggelam.
Pasukan penyelamat menemui mayatnya kira-kira 30 minit kemudian pada kedalaman lebih 10 meter, sekitar 20 meter dari tebing tasik.
Pemeriksaan awal mendapati tiada kesan kecederaan akibat serangan, manakala bedah siasat dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian.

Polis turut menemui rumah mewah yang disewa mangsa dalam keadaan berselerak dengan cat hitam dan kekuningan disimbah pada dinding serta beberapa peralatan elektrik, dipercayai dilakukan sebelum kejadian.
Siasatan lanjut berhubung insiden itu masih dijalankan.
‘Perjuangan’ Murphy melawan masalah mental yang dihadapinya sejak kebelakangan ini turut menjadi buah mulut pengikutnya melalui komen-komen di Youtube.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















