JENAYAH & MAHKAMAH

Wanita warga emas melecur dibakar suspek tidak dikenali

KUALA LUMPUR – Seorang wanita warga emas melecur kira-kira 50 peratus pada bahagian tubuh badannya selepas seorang lelaki tidak dikenali didakwa menyimbahnya dengan cecair dipercayai petrol sebelum membakarnya di sebuah premis nombor ramalan di Taman Pusat Kepong, di sini pagi tadi.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Sentul, Superintenden Jasni Zolpa, polis menerima panggilan melalui MERS999 kira-kira pukul 8 pagi tadi.

Beliau berkata mangsa,62, yang bekerja sebagai penjaga kaunter mengalami kelecuran kira-kira 50 peratus pada tubuhnya akibat kejadian.

ā€œMangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan sedang menerima rawatan. Keadaannya dilaporkan kritikal tetapi stabil.

ā€œSiasatan awal mendapati, mangsa tidak mempunyai sebarang musuh yang diketahui dan tidak pernah menerima sebarang ugutan sebelum ini.

ā€œBagaimanapun, motif kejadian masih dalam siasatan,ā€ katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Jasni berkata, pasukan forensik Polis Kontinjen Kuala Lumpur turut ke lokasi kejadian dan mengumpulkan beberapa sampel DNA serta barangan lain bagi membantu siasatan.

Susulan kejadian, polis melancarkan operasi khas bagi mengesan dan memberkas suspek.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

ā€œUsaha mengesan suspek masih dijalankan. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Muhammad Amri Firdaus Jusoh di talian 010-9198209 atau mana-mana balai polis berhampiran,ā€ katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button