Undi awal PRN Melaka: Anwar mohon ATM, PDRM sokong calon PH
MELAKA – Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon kepercayaan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang akan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka esok, supaya mengundi calon Pakatan Harapan (PH).
Perdana Menteri berkata, undi anggota keselamatan berkenaan akan menentukan kepimpinan Melaka, sama ada diterajui pihak yang mempertahankan amanah rakyat atau sebaliknya.
“Esok, rakan-rakan serta keluarga dari ATM dan PDRM akan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal di Melaka.
“Undi saudara dan saudari akan menentukan sama ada Melaka dipimpin oleh mereka yang teguh mempertahankan amanah rakyat atau mereka yang sanggup menutup mata apabila amanah itu dikhianati,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Anwar berkata, beliau dengan rendah hati memohon kepercayaan anggota ATM dan PDRM untuk memberikan undi kepada calon PH.
Katanya, amanah diberikan itu akan dipikul dengan iltizam dan tekad untuk berkhidmat kepada seluruh rakyat Melaka.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |














