Dr Akmal borong air daripada ‘rider’ di R&R Seremban, bantu peniaga pulang awal
KUALA LUMPUR – Tindakan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh memborong semua minuman yang dijual seorang penghantar makanan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban menarik perhatian ramai selepas video berkenaan dikongsi di media sosial.
Menerusi hantaran di Facebook, Dr Akmal berkata, beliau membeli kesemua air botol yang dijual lelaki terbabit sebelum mengagihkannya kepada orang ramai di lokasi berkenaan sebagai tanda sokongan dan berkongsi rezeki.
Menurut beliau, tindakan itu dilakukan bagi membolehkan penjual berkenaan menamatkan jualan lebih awal dan pulang dengan senyuman.
“Jadi kita borong semua air botol dan bagi kepada orang sekeliling supaya abang rider ini boleh balik awal hari ini.
“Moga Allah murahkan rezeki abang rider ini dan permudahkan segala urusan beliau,” katanya.
Dalam rakaman video itu, Dr Akmal turut dilihat meminta lelaki berkenaan membantu mengagihkan minuman berkenaan.
Jumlah keseluruhan pembelian minuman tersebut dilaporkan mencecah RM420.
Beliau turut berharap orang ramai yang mengenali lelaki berkenaan dapat menandakan (tag) identitinya kerana terlupa bertanyakan nama ketika pertemuan itu.
Hantaran berkenaan menerima perhatian meluas di media sosial dengan mencatat lebih 183,000 tontonan, 10,500 tanda reaksi dan ratusan komen daripada pengguna yang memuji tindakan tersebut.
“Terbaik YB Hj Dr Akmal Saleh. Tak tahu nak cakap apa lagi. Selalu membantu di mana saja berada. Semoga Allah merahmati tuan haji. Amin,” komen Sharifuddin Shariff.
“Amazing how a single act of kindness can create a ripple effect. Kudos YB,” tulis HN Dzulkifly pula.
“Alhamdulillah. Rezeki abang rider tu jumpa orang yang baik macam YB. Semoga murah rezeki YB dan abang rider tu,” kata Lili Isma.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |




















