BERITA SEMASAPOLITIK

77 tahun Pemuda UMNO, perjuangan tidak pernah mudah – Akmal Saleh

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO tidak dibentuk oleh kesenangan, sebaliknya melalui perjalanan panjang yang sarat dengan cabaran, kritikan dan ujian kesetiaan sepanjang 77 tahun perjuangannya, kata Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh.

Ketua Pemuda UMNO itu berkata, perjuangan tidak pernah dijanjikan mudah, ada waktunya suara disalaherti, langkah dipersoal, kesetiaan diuji dan jalan yang dilalui pula sentiasa hadir dengan pelbagai rencam.

Walau bagaimanapun, katanya, segala cabaran tersebut membentuk Pemuda UMNO pada hari ini.

“Pemuda tidak dibesarkan oleh kesenangan, dibentuk oleh keberanian untuk terus berdiri ketika yang lain memilih berdiam, dan hidup atas kesetiaan untuk terus bertahan ketika perjuangan tidak lagi menjanjikan pujian.

“Saya sentiasa percaya, jika mahu melihat kekuatan sesebuah bangsa, lihatlah kepada anak mudanya. Jika teguh prinsip mereka, jika berani langkah mereka dan jika utuh kesetiaan mereka maka bangsa itu masih punya masa hadapan,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.

Muhamad Akmal berkata, Pemuda UMNO bukan sekadar menjadi penyambung usia parti tetapi penyambung nyawa sebuah perjuangan.

“Jangan kita hanya mewarisi nama perjuangan ini. Warisilah juga keberanian untuk memikul dan mempertahankannya.

“Selamat Ulang Tahun ke-77, buat sahabat-sahabat Pemuda UMNO Malaysia.

“Perjalanan ini mungkin tidak pernah mudah tetapi kita juga tidak pernah dibentuk untuk menyerah,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button