Pintu UMNO sentiasa terbuka buat KJ – Asyraf Wajdi
KUALA LUMPUR – Pintu UMNO sentiasa terbuka buat bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang sebelum ini dilaporkan sudah menyatakan keinginan menyertai semula parti itu.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi bagaimanapun berkata, pihaknya masih menantikan borang permohonan daripada Khairy untuk menyertai semula parti.
“Ya (Khairy tunjuk minat sertai semula UMNO). Kita terbuka (untuk Khairy menyertai semula UMNO).
“Kita tunggu surat (daripada Khairy),” katanya kepada pemberita selepas pelancaran MARA Automotive Ecosystem (MATEC) 2025 di perkarangan Stadium Bukit Jalil, di sini hari ini.
Laporan media sebelum ini menyebut, Khairy, yang dipecat daripada parti pada Januari 2023 sebagai tindakan disiplin ke atasnya, sudah mendapat ‘restu’ pimpinan tertinggi UMNO khususnya Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk kembali ke pangkuan parti itu.
Penyertaan semula Khairy ke dalam UMNO dijangka memberi momentum baharu kepada hala tuju parti itu, yang kini berusaha menambat kembali sokongan orang Melayu khususnya anak muda.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















