POLITIK

Anak Najib jadikan PRN Johor pentas bela ‘Bossku’

JOHOR BAHRU – Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Datuk Mohd Nazifuddin Najib didakwa menjadikan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebagai pentas untuk membawa naratif pembelaan terhadap figura ‘Bossku’ apabila mengaitkan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) dengan isu pengampunan diraja terhadap bapanya.

Beliau berkata, jika menang BN boleh ditafsirkan sebagai isyarat bahawa rakyat masih menyokong dan menyayangi Najib.

“Kalau BN menang besar, ia menjadi isyarat bukan sahaja rakyat Johor menyokong BN dan kepimpinan negeri, tetapi mereka juga masih sayangkan ‘Bossku’ dan mengharapkan beliau dapat bersama semula dengan rakyat,” katanya pada program Bual Bicara Santai di PDM Kampung Melayu II, semalam.

Nazifuddin turut cuba mengangkat naratif bahawa kemenangan BN boleh membuka ruang kepada perbincangan mengenai pengampunan terhadap Najib, walaupun perkara itu jelas tertakluk kepada kuasa Yang di-Pertuan Agong.

“Kalau BN menang besar, apa salahnya kalau Bossku diampunkan dan dibebaskan? Tetapi itu hak Yang di-Pertuan Agong,” katanya lagi.

Najib yang juga bekas Presiden UMNO sebelum itu kekal menjadi figura politik yang mencetuskan perdebatan dalam kalangan rakyat, khususnya apabila namanya sering dibawa dalam kempen berkaitan sokongan akar umbi parti.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button