BERITA SEMASA

MCMC aktif pusat pemantauan rangkaian sempena PRN Johor

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengaktifkan Pusat Pemantauan Rangkaian Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor Ke-16 bagi menerima serta menyelaras aduan berkaitan komunikasi dan multimedia sepanjang tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

MCMC berkata, orang ramai boleh menyalurkan aduan berkaitan liputan rangkaian mudah alih dan internet, kualiti perkhidmatan telekomunikasi serta gangguan perkhidmatan yang berlaku sepanjang tempoh pilihan raya.

mcmc aduan
Aduan MCMC PRN Johor

Selain itu, aduan berhubung kandungan dalam talian termasuk isu melibatkan sentimen 3R (kaum, agama dan institusi diraja), penyamaran, penipuan dalam talian (scam) serta kandungan yang melanggar peruntukan undang-undang turut boleh disalurkan kepada pusat pemantauan berkenaan.

Menurut MCMC, pusat pemantauan itu turut menerima laporan mengenai sebarang isu lain yang berada di bawah bidang kuasanya bagi memastikan tindakan sewajarnya dapat diambil dengan segera.

“Orang ramai yang ingin membuat aduan boleh menghubungi pusat pemantauan tersebut menerusi talian 07-365 8031 atau 07-365 8032.
Aduan juga boleh disalurkan melalui emel jso.rcs@mcmc.gov.my atau menerusi Portal Aduan MCMC,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

MCMC turut berkata, maklum balas daripada orang ramai amat penting bagi membantu suruhanjaya itu memastikan perkhidmatan komunikasi dan multimedia sentiasa berada pada tahap terbaik sepanjang berlangsungnya PRN Johor.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button