BERITA SEMASA

PRN Johor: MCA siap sedia pastikan BN menang besar

KUALA LUMPUR – Parti MCA menyambut baik keputusan yang diumumkan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi untuk parti itu bergerak solo dengan bertanding dikesemua 56 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, ia merupakan satu keputusan terbaik dan disokong sepenuhnya.

“MCA sebagai parti komponen yang turut bermusyawarah dalam mencapai konsensus ini berdiri teguh serta menyokong sepenuhnya kepimpinan Menteri Besar Johor itu yang terbukti berjaya memimpin BN Johor dengan baik dan mentadbir negeri Johor dengan sangat cemerlang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu katanya, MCA telah lama bersiap sedia dari pelbagai sudut baik kesiapsiagaan jentera.

Pada masa sama katanya, parti itu juga telah bersedia dalam merangka strategi berkesan bagi memastikan BN kekal mempertahankan Johor dengan kemenangan besar pada PRN kali ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button