POLITIK

Onn mahu perluas skim PERKESO kepada lebih ramai suri rumah di DUN Senggarang

BATU PAHAT – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Senggarang, Onn Abu Bakar, mahu memperluaskan perlindungan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kepada lebih ramai suri rumah daripada golongan B40 di kawasan berkenaan bagi memastikan kebajikan mereka terpelihara sekiranya ditimpa musibah.

Beliar berkata, inisiatif yang sudah dimulakan sejak 2023 itu akan dipergiat dengan kerjasama komuniti Madani, ketua kampung, pengerusi masjid dan surau bagi mengenal pasti mereka yang layak, lapor portal FMT.

“Kita sasarkan mereka yang benar-benar memerlukan sebelum berkongsi data dengan PERKESO,” katanya selepas melaksanakan program ziarah di Taman Bestari, Senggarang, hari ini.

Onn berkata, beliau melihat sendiri manfaat PERKESO kepada keluarga pencarum yang meninggal dunia akibat kemalangan.

“Saya sendiri pernah menyampaikan cek pencen kepada waris. Ada balu yang menerima antara RM1,000 hingga RM3,000 sebulan untuk meneruskan kehidupan bersama anak-anak.

“Sebab itu kita mahu beri motivasi kepada suri rumah supaya turut mempunyai perlindungan sosial, walaupun kita sedar tidak semua mampu mencarum sendiri,” katanya lagi.

Program sama turut dilaksanakan bagi membantu golongan nelayan dan bekerja sendiri mencarum bawah skim PERKESO, dengan caruman ditanggung selama setahun sebagai galakan sebelum mereka meneruskan sendiri.

Beliau menambah, fasa pertama tahun ini dijangka dimulakan di Taman Bestari membabitkan kira-kira 10 suri rumah.

Pada PRN kali ini, Onn yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat berdepan pertandingan tiga penjuru daripada Mohd Yusla Ismail (BN) selaku penyandang dan Mohd Rashid Hasnon (PN).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button