SPRM dapatkan sambungan reman Pengerusi agensi, Pengarah Syarikat kes salah guna kuasa di Pulau Pinang
PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mendapat kebenaran untuk menyambung reman seorang Pengerusi sebuah agensi kerajaan dan seorang pengarah syarikat kerana dipercayai terlibat dengan penyalahgunaan kuasa dalam urusan pelupusan tanah milik agensi kerajaan di sebuah kementerian di Pulau Pinang.
Perintah reman selama tiga hari sehingga 26 Ogos 2026 terhadap kedua-dua suspek dikeluarkan Majistret Nur Hanisah S.H. Sahul Hamid selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Georgetown, Pulau Pinang pagi tadi sebaik tempoh reman terhadap kedua-dua suspek tamat, hari ini.
Sebelum ini, kedua-dua suspek berusia dalam lingkungan 50-an itu antara lima individu yang ditahan reman selama empat hari sejak Jumaat lalu bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








