JENAYAH & MAHKAMAH

Pemandu lori langgar 11 kenderaan didakwa esok

SHAH ALAM – Pemandu lori yang melanggar 11 kenderaan lain dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Alam Budiman, Persiaran Mokhtar Dahari, Jumaat lalu akan didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam, esok.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah, lelaki berusia 51 tahun yang sebelum ini disahkan positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine akan berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 44(1A)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BACA JUGA:
Pemandu lori rempuh 11 kenderaan di Persiaran Mokhtar Dahari positif dadah
4 cedera, lori lawan arus langgar 11 kereta

“Esok OKT (orang kena tuduh) yang ditahan berkait kes kemalangan membabitkan 12 kenderaan di persimpangan lampu isyarat Alam Budiman akan dituduh mengikut Seksyen 44(1A)(a) APJ 1987 di Mahkamah Majistret Shah Alam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Laporan media sebelum ini menyebut, empat individu cedera dengan dua daripadanya parah dalam kemalangan membabitkan 12 kenderaan termasuk sebuah lori 10 tan.

Susulan kejadian, pemandu lori berkenaan direman empat hari bagi membantu siasatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button