BERITA SEMASA

Lima pelajar IKM maut dalam kemalangan di Tuaran

TUARAN – Lima pelajar Institut Kemahiran MARA (IKM) Kota Kinabalu maut selepas kenderaan dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori membawa batu kerikil di Jalan Sulaman berhampiran Pusat Latihan RELA Negeri Sabah, di sini, hari ini.

Mangsa yang terkorban dikenali sebagai Harianto Anuar, 20; Neil Stanly Pletinie, 20; Mohammad Ikhwan Kurniawan, 20; Mohamad Zuhaikal Mohd Zaidy, 20; manakala seorang lagi masih belum dikenal pasti identitinya.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Superintendan Noraidin Ag Maidin berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang ketika kereta jenis Toyota Wish dinaiki mangsa dalam perjalanan dari arah Sepanggar menuju Kota Belud.

“Siasatan awal mendapati kereta berkenaan dipercayai terbabas sebelum bertembung dengan lori dari arah bertentangan. Semua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah, manakala pemandu lori tidak cedera,” katanya memetuk laporan BH online.

Beliau berkata, semua mangsa tersepit dalam kenderaan sebelum berjaya dikeluarkan anggota bomba dengan bantuan peralatan khas.

“Mayat kesemua mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tuaran untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button