POLITIK

SPRM dipergunakan pihak tertentu – Wah Ahmad Fayhsal

KUALA LUMPUR – Armada Bersatu Malaysia mengecam tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sengaja menamakan mantan Menteri Dalam Negeri dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam beberapa pertuduhan yang dikenakan terhadap seorang ahli perniagaan.

Ketuanya, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, berkata, pertuduhan-pertuduhan tersebut dikenakan terhadap individu lain namun dengan sengaja menyasarkan dan menamakan Ketua Pembangkang bertujuan memalukan dan menjatuhkan imej serta kredibiliti beliau di mata awam.

“Ini jelas satu pembunuhan karakter yang dibuat bagi mempengaruhi sokongan rakyat yang semakin meningkat kepada Perikatan Nasional (PN) terutamanya menjelang Pilihanraya enam Negeri yang bakal berlangsung tidak lama lagi,”katanya menerusi kenyataan semalam.

Wan Ahmad Fayhsal berkata, tindak tanduk SPRM sejak kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mengambil alih pentadbiran negara telah dikritik hebat termasuklah cara badan tersebut mengendalikan isu Hakim, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang telah mencemar nama institusi Badan Kehakiman negara.

“Justeru ARMADA mendesak SPRM supaya menjalankan tugas secara profesional agar rakyat tidak melihat SPRM seolah-olah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu bagi tujuan lain,”katanya.

Sebelum ini, Hamzah yang juga bekas Menteri Dalam Negeri hairan apabila dikaitkan dalam kes rasuah membabitkan projek-projek di bawah KDN walaupun tiada langsung pembabitannya.

Ia susulan tindakan SPRM telah mengenakan empat pertuduhan rasuah terhadap seorang individu bernama Datuk Seri Sim Choo Thiam.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button