BERITA SEMASA

‘YB Beliau’ buat come back, dilantik sebagai Naib Ketua Bahagian Hang Tuah Jaya yang baharu

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee kembali mewarnai persada politik apabila dipilih sebagai Naib Ketua Bahagian Hang Tuah Jaya yang baharu.

Menerusi penstrukturan semula yang diumumkan oleh Naib Presiden BERSATU merangkap Ketua Badan Pimpinan BERSATU Negeri Melaka, Datuk Dr. Radzi Jidin itu, Datuk Dr Mohd Ruddin Ab Ghani dilantik sebagai Ketua Bahagian Hang Tuah Jaya dengan dibantu Md Firdaus Mashor selaku Timbalan Ketua Bahagian.

Menurut Radzi, kepimpinan BERSATU telah membuat pertimbangan dan bersetuju melantik barisan kepimpinan baharu, melibatkan Ketua Bahagian (Penaja), Timbalan Ketua Bahagian (Penaja) dan Naib Ketua Bahagian (Penaja) bagi BERSATU di Bahagian Masjid Tanah, Alor Gajah, Tangga Batu, Hang Tuah Jaya dan Jasin.

Beliau berkata, dengan pelantikan itu , komposisi barisan kepimpinan BERSATU di peringkat bahagian diperkukuhkan lagi melalui gabungan pemimpin berpengalaman, tokoh muda, golongan profesional serta aktivis masyarakat yang mencurah bakti berkhidmat di lapangan.

“Gabungan pelbagai pengalaman dan kepakaran untuk menerajui Bahagian akan memastikan BERSATU dapat terus meraih kepercayaan masyarakat melalui pendekatan yang lebih segar, memahami denyut nadi rakyat dan memperjuangkan agenda demi kesejahteraan rakyat, khususnya di Melaka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu katanya, BERSATU Melaka kini perlu bersiap siaga mendepani pelbagai cabaran politik semasa, selain memberikan tumpuan kepada usaha memperkemas organisasi parti serta memperkukuh jentera parti di semua peringkat sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Umum.

Pada masa yang sama katanya, pelantikan itu juga diyakini dapat memperkukuhkan lagi kerjasama antara BERSATU dengan parti-parti komponen dalam Perikatan Nasional menerusi langkah strategik gerak kerja politik dan memberikan khidmat kepada rakyat secara lebih tersusun, teratur dan berkesan.

Berikut adalah senarai kepimpinan baharu bagi Bahagian yang terlibat:

• Bahagian Masjid Tanah
Ketua Bahagian: Nazri Ramli
Timbalan Ketua Bahagian: Abdullah Mahadi
Naib Ketua Bahagian: Datuk Ab Razak Ab Hadi
• Bahagian Alor Gajah
Ketua Bahagian: Mohd Zamri Abu Bakar
Timbalan Ketua Bahagian: Nazri Abu Kasim
Naib Ketua Bahagian: Mohd Hasrin Hasan
• Bahagian Tangga Batu
Ketua Bahagian: Datuk Seri Dr Mohamad Ali Mohamad
Timbalan Ketua Bahagian: Abdul Jameel Abdul Jabbar
Naib Ketua Bahagian: Sabarudin Abd Wahab
• Bahagian Hang Tuah Jaya
Ketua Bahagian: Datuk Dr Mohd Ruddin Ab. Ghani
Timbalan Ketua Bahagian: Md Firdaus Mashor
Naib Ketua Bahagian: Datuk Norhizam Hassan Baktee
• Bahagian Jasin
Ketua Bahagian: Muhammad Jefri Sarfy
Timbalan Ketua Bahagian: Kamal Jantan
Naib Ketua Bahagian: Muhammad Rabaie Ab Hamid

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button