PMX

Redah ladang sawit demi bertemu Anwar, Afif terima hadiah basikal

JOHOR BAHRU – Kisah seorang kanak-kanak yang sanggup meredah ladang kelapa sawit bersama neneknya semata-mata mahu bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mendapat perhatian pemimpin itu sehingga menghadiahkannya sebuah basikal.

Anwar berkata, pertemuan singkat dengan Muhammad Afif Ikhwan, 9, ketika program di Felda Palong Timur, Segamat baru-baru ini meninggalkan kesan mendalam sehingga beliau meminta supaya kanak-kanak itu diziarahi dan impiannya memiliki basikal ditunaikan.

“Impian yang barangkali kecil pada pandangan kita, namun cukup besar untuk menggerakkan neneknya, Rosimah Mohammad meredah ladang kelapa sawit dengan motosikal demi memenuhi hasrat cucunya itu.

“Tangan kecilnya menyelit di celah khalayak dan kami bersalaman dan membawanya ke pentas di Felda Palong Timur, Segamat, baru-baru ini.

“Saya tidak menyangka bahawa detik yang begitu singkat itu membawa makna besar buat Afif,” katanya menerusi catatan di Facebook, hari ini.

Baca juga : Anwar seru pengundi Johor guna kuasa rakyat pilih pemimpin amanah, berwibawa

Anwar berkata, walaupun sibuk mengurus pentadbiran negara, beliau tetap mahu Muhammad Afif disantuni sebagai tanda penghargaan terhadap kesungguhan kanak-kanak itu untuk bertemu dengannya.

Beliau turut berharap pertemuan berkenaan menjadi kenangan bermakna yang mampu menyuntik semangat kepada Muhammad Afif untuk terus belajar serta berbakti kepada keluarga, masyarakat dan negara pada masa hadapan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button