Dua penunggang basikal maut dirempuh kereta di Putrajaya
PUTRAJAYA – Dua penunggang basikal maut selepas dirempuh sebuah kereta dalam kemalangan di Kilometer 9, Persiaran Selatan, di sini malam tadi.
Dalam kejadian pada pukul 10.15 malam itu, kedua-dua mangsa yang masing-masing berusia lingkungan 30-an dan 40-an mengalami kecederaan parah pada bahagian muka dan kepala sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku selepas pemandu kereta berkenaan dipercayai mengubah haluan dari lorong tengah ke lorong kiri.
“Ketika berbuat demikian, kenderaan terbabit dipercayai melanggar kedua-dua mangsa yang sedang berbasikal.
“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Putrajaya untuk tindakan lanjut,” katanya memetik laporan Kosmo! Online.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya menghubungi Balai Polis Trafik Putrajaya di talian 03-88862138 atau mana-mana balai polis berhampiran.
“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








