BERITA SEMASAPOLITIK

PRN Johor: BN didakwa mendahului 33 Kerusi DUN, PH 7 – Dr Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) didakwa berada di hadapan dalam persaingan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor apabila mendahului di 33 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) setakat pukul 6.30 petang.

Perkembangan itu dikongsikan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi satu hantaran di Facebook, sebentar tadi.

Menurut beliau, berdasarkan maklumat tidak rasmi yang diterima, Pakatan Harapan (PH) ketika itu mendahului di tujuh kerusi DUN.

Jika angka tersebut kekal sehingga keputusan rasmi diumumkan, BN bukan sahaja melepasi ambang majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri, malah berpotensi memperoleh majoriti yang lebih selesa.

Untuk rekod, mana-mana parti atau gabungan politik memerlukan sekurang-kurangnya 29 daripada 56 kerusi DUN bagi membentuk kerajaan negeri.

Hantaran Dr Asyraf turut menerima pelbagai reaksi daripada penyokong BN yang melahirkan rasa syukur dan optimis terhadap prestasi gabungan itu.

“Alhamdulillah, simple majority pun okay, what more to say two third majority,” tulis seorang pengguna Facebook, Tambi Haji Dan.

Seorang lagi pengguna, Abdul Basits Raub, turut mengucapkan tahniah kepada BN.

“Alhamdulillah, syukur. Tahniah BN,” katanya.

Bagaimanapun, keputusan rasmi PRN Johor hanya akan disahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas proses pengiraan undi selesai sepenuhnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button