POLITIK

Ahmad Zahid gesa hentikan polemik mengenai kenyataan Puad Zarkashi

BATU PAHAT – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa semua pihak supaya menghentikan polemik berhubung kenyataan dibuat Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Ahmad Zahid berkata, kenyataan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu mengenai calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 hanyalah bersifat peribadi.

Belaiu yang juga Pengerusi BN berharap, isu berkenaan tidak lagi dibangkitkan bagi mengelakkan ia berlarutan dan mencetuskan serangan balas secara lisan.

“Ia adalah pandangan peribadinya dan beliau adalah rakan kita.

“Saya fikir jika terdapat perbezaan pandangan pada ketika ini, lebih baik kita akhiri perkara itu supaya tiada masalah lain timbul kemudian,” katanya selepas melancarkan jentera pilihan raya BN bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Parit Yaani dan Parit Raja di Dataran Tanjung Simpang, di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Zahid turut menasihati semua pihak termasuk pemimpin UMNO supaya tidak melayan provokasi atau melakukan serangan balas sekiranya isu berkenaan terus dimainkan sepanjang PRN Johor.

“Jika sesuatu isu dibangkitkan, sudah pasti akan ada jawapan.

“Apabila perkara ini berlaku, budaya membalas serangan bukan sesuatu yang baik. Saya tidak mahu isu yang boleh memalukan dibangkitkan.

“Sebagai umat Islam, kita seharusnya menutup aib sesama sendiri,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button