BERITA SEMASA

Kanak-Kanak Gerik panggil Asyraf Wajdi ‘Daddy MARA’

GERIK – Gelaran mesra ‘Daddy MARA’ yang diberikan anak-anak sekolah rendah di Gerik kepada Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mencuit hati beliau ketika menghadiri deretan jemputan kenduri kahwin di sekitar daerah ini, semalam.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Asyraf berkongsi pengalaman di mana kanak-kanak tersebut berlari-lari mahu bersalaman sambil memanggilnya dengan panggilan tersebut.

“Daddy, Daddy Mara boleh tak nak salam?”

“Aduhai budak-budak sekolah rendah di Gerik pun panggil saya Daddy MARA. Ini semua sebab penangan media sosial.

“Tak apalah asalkan mereka tidak rasa jauh dan segan untuk mendekati saya,” tulisnya.

Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi sempat menghadiri 14 jemputan kenduri perkahwinan ketika seharian berada di Gerik dan Pengkalan Hulu. 

Sehari suntuk berada di Gerik dan Pengkalan Hulu, Asyraf Wajdi sempat memenuhi 14 jemputan kenduri perkahwinan.

Selain itu, beliau turut menyaksikan perlawanan bola sepak persahabatan antara Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak menentang Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pengkalan Hulu diikuti program Santai Anak Muda Selarong di Kampung Selarong.

“Terima kasih atas jemputan yang begitu bermakna. Indahnya suasana kampung sederhana tetapi penuh kasih.

“Semoga ikatan ukhuwah dan silaturahim yang terjalin ini sentiasa dipelihara Allah, menjadi pemangkin kepada kesejahteraan dan kemajuan masyarakat Gerik,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button