BERITA SEMASAPOLITIK

PRN Melaka: Fahmi sahkan Amirudin bertemu Anwar

PUTRAJAYA – Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Amirudin Shari disahkan mengadakan pertemuan dengan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam bagi membincangkan kemungkinan kerjasama gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Walau bagaimanapun, Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, beliau tidak dimaklumkan sama ada rundingan antara PH dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka turut dibincangkan dalam pertemuan berkenaan.

“Saya difahamkan mereka ada pertemuan semalam, tapi tidak dimaklumkan apa perbincangan.

“Memang ada pertemuan untuk pimpinan dalam masa sehari dua ini, banyak perjumpaan, mesyuarat, memang ada. Tapi sama ada itu salah satu topik, tidak dimaklumkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas sesi penyerahan sumbangan penajaan oleh rakan strategik kepada peserta Human Graphics sempena sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya, hari ini.

Terdahulu, Amirudin memberitahu, beliau belum mengadakan pertemuan diadakan dengan Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, namun menjangkakan rundingan akan bergerak selepas perbincangannya dengan Anwar yang juga Pengerusi PH.

Pertemuan itu mendapat perhatian susulan spekulasi rundingan berhubung kemungkinan kerjasama PH dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Baru-baru ini Anwar memaklumkan soal kerjasama politik dan strategi menghadapi pilihan raya akan dibincangkan pimpinan parti berkaitan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button