BERITA SEMASA

JPN Selangor umum sekolah di bawah 8 PPD ditutup esok

CYBERJAYA – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor mengumumkan sekolah di bawah pengurusan lapan pejabat pendidikan daerah (PPD) ditutup esok susulan situasi jerebu.

Sekolah yang terlibat berada di bawah pentadbiran PPD Klang, PPD Kuala Selangor, PPD Kuala Langat, PPD Hulu Langat, PPD Gombak, PPD Sepang, PPD Petaling Perdana dan PPD Petaling Utama.

“Bagaimanapun, sekolah di bawah pentadbiran PPD Hulu Selangor dan Sabak Bernam beroperasi seperti biasa, dengan semua aktiviti luar bilik darjah tidak dibenarkan,” kata JPN Selangor dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button