Jerebu: Sekolah di lapan PPD Selangor ditutup esok
SHAH ALAM – Semua sekolah di bawah pentadbiran lapan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Selangor ditutup dan tidak beroperasi esok susulan situasi jerebu.
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) dalam kenyataan media berkata, penutupan itu membabitkan PPD Klang, Kuala Selangor, Kuala Langat, Hulu Langat, Gombak, Sepang, Petaling Perdana dan Petaling Utama.
Bagaimanapun, sekolah di bawah pentadbiran PPD Hulu Selangor dan PPD Sabak Bernam akan beroperasi seperti biasa.
“Namun, semua aktiviti luar bilik darjah di kedua-dua daerah berkenaan tidak dibenarkan,” katanya hari ini.
JPNS turut meminta ibu bapa, penjaga, murid dan seluruh warga pendidikan mengambil maklum mengenai perkembangan itu serta merujuk saluran rasmi jabatan berkenaan untuk mendapatkan maklumat terkini.
Katanya, sebarang perubahan status pengoperasian sekolah akan dimaklumkan melalui saluran rasmi JPNS.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








