
Tabika KEMAS Autisme pertama bakal dibuka di Melaka tahun depan
KUALA LUMPUR – Tabika KEMAS khusus untuk kanak-kanak autisme bakal dibuka di Melaka pada tahun depan, dengan keutamaan diberikan kepada keluarga daripada golongan B40.
Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dr. Akmal Saleh berkata, cadangan penubuhan tabika tersebut telah mendapat sokongan daripada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
“Tabika itu akan dibuka di setiap daerah secara berperingkat dengan keutamaan kepada anak-anak autisme daripada golongan B40 dan akan membantu ibu bapa yang berdepan cabaran kos terapi di pusat swasta yang sangat tinggi,” katanya pada satu hantaran di Facebook hari ini.
Menurutnya, usaha itu bertujuan memastikan anak-anak autisme tidak tercicir daripada peluang pendidikan hanya kerana kekangan kewangan.
“Kita tidak mahu disebabkan kekangan kewangan, anak-anak syurga ini hilang peluang pendidikan mereka. Kita dengar, kita faham dan kita selesaikan,” katanya lagi.
Inisiatif itu dilihat sebagai langkah signifikan untuk membantu meringankan beban keluarga serta memberikan akses pendidikan berkualiti kepada kanak-kanak autisme dalam persekitaran yang lebih inklusif.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








