BERITA SEMASADALAM NEGERIKEMENTERIAN KOMUNIKASI

Kes rogol pelajar: MCMC ingatkan media lapor secara beretika, bertanggungjawab

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengingatkan pengamal media melaporkan isu berkenaan secara beretika dan bertanggungjawab,

Dalam kenyataan hari ini, MCMC menasihatkan pengalam media melaporkan isu itu tanpa menyiarkan kandungan sensasi yang boleh menjejaskan siasatan atau memberi tekanan emosi kepada mangsa.

“Pengamal media diingatkan supaya tidak mendedahkan sebarang maklumat sensitif yang boleh menyebabkan identiti mangsa dikenalpasti, selaras dengan larangan di bawah Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611],” katanya.

Dalam kenyataan sama, MCMC mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan rakaman video berkaitan kes salah laku seksual membabitkan beberapa pelajar di sebuah sekolah di Melaka.

MCMC berkata, tindakan menyebar atau mengedarkan video serta bahan berkaitan melalui perkhidmatan dalam talian boleh menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].

“MCMC memandang serius penyebaran rakaman video berkaitan kes salah laku seksual membabitkan beberapa pelajar di sebuah sekolah di Melaka,” katanya.

Menurut MCMC, pihaknya kini bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan penyedia perkhidmatan bagi memastikan sebarang kandungan yang boleh mengganggu siasatan atau menjejaskan emosi mangsa dapat diturunkan daripada platform media sosial.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button