Kilang kitar semula, tiga rumah musnah dalam kebakaran
KUALA LUMPUR – Sebuah kilang kitar semula dan tiga rumah di Kampung Cheras Baru, di sini, musnah dalam kebakaran yang berlaku tengah malam tadi.
Kebakaran membabitkan kira-kira 80 peratus struktur bangunan dan rumah berkenaan, namun tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 12.37 tengah malam.
Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan Indah tiba di lokasi kira-kira tiga minit kemudian sebelum operasi pemadaman turut dibantu BBP Ampang, BBP Bandar Tun Hussein Onn dan BBP Hang Tuah.
“Pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran pada jam 1.24 pagi dan tiada mangsa dilaporkan.
“Kebakaran membabitkan sebuah kilang kitar semula dan tiga rumah dengan anggaran kemusnahan kira-kira 80 peratus,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Operasi turut mendapat bantuan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kampung Baru Ampang, Kampung Kepong Batu, Serdang, Desa Petaling, Bandar Mahkota Cheras dan Pandan Indah.
Sementara itu, kejadian berkenaan turut tular di media sosial selepas beberapa pengguna berkongsi rakaman yang memaparkan api marak bersama kepulan asap tebal dari kawasan kebakaran.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








