POLITIK

PRN Melaka: BN serah kerusi Merlimau kepada PAS?

CYBERJAYA – Barisan Nasional (BN) dijangka menyerahkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau yang disandang Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh kepada PAS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang.

Laporan portal Star Online yang memetik sumber berkata, kerusi tersebut akan ditandingi Pesuruhjaya PAS Melaka, Zulkifli Ismail.

“Ya, benar, Ustaz Zulkifli ialah calon bagi Merlimau. Tunggu 31 Oktober untuk penamaan calon,” kata sumber dalam laporan tersebut, hari ini.

Sumber itu turut memberitahu, Muhamad Akmal bersetuju dengan keputusan BN untuk memberi laluan kepada PAS di kerusi yang dimenanginya pada PRN Melaka 2021 itu.

Semalam, Muhamad Akmal memberi bayangan meninggalkan DUN Merlimau dalam hantaran di Facebook.

Dalam hantaran tersebut, beliau turut meminta pandangan mengenai kerusi yang sesuai ditandinginya pada PRN akan datang.

“Terima kasih Merlimau. Selepas ini ke mana? Kalau ke Serkam atau Sungai Rambai boleh ke, atau ada cadangan lain?” katanya.

Pada 2021, Muhamad Akmal memenangi kerusi Merlimau dengan memperoleh 5,633 undi, menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Azrin Ab Majid yang mendapat 2,385 undi, serta calon Perikatan Nasional (PN), Abd Alim Shapie dengan (1,622).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button