BERITA SEMASA

Pesakit bukan warganegara guna fasiliti KKM pada kadar rendah

KUALA LUMPUR – Penggunaan perkhidmatan kesihatan oleh pesakit bukan warganegara, termasuk warga Rohingya, di fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) masih rendah berbanding jumlah keseluruhan pesakit.

KKM dalam kenyataan memaklumkan, kemudahan kesihatan kerajaan terus dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat Malaysia, selain pemantauan berkala dilakukan terhadap pola penggunaan fasiliti oleh warga asing bagi merancang kapasiti perkhidmatan dan melindungi kesihatan awam.

Menurut kenyataan itu, sistem pendaftaran dan maklumat pesakit KKM mengklasifikasikan pesakit mengikut status kewarganegaraan, iaitu warganegara dan bukan warganegara, bagi memastikan kutipan caj perubatan dilaksanakan dengan tepat.

Bagaimanapun, rekod pendaftaran perubatan tidak dipecahkan mengikut subetnik, sekali gus tidak membolehkan penggunaan fasiliti kesihatan dikenal pasti berdasarkan kategori etnik tertentu.

Penjelasan itu menyusul selepas tular dakwaan di media sosial bahawa semakin ramai warga Rohingya mendapatkan rawatan di hospital dan klinik kerajaan.

KKM menegaskan fasiliti kesihatannya dibina dan diutamakan bagi memenuhi keperluan perubatan rakyat Malaysia. Namun, rawatan kecemasan bagi menyelamatkan nyawa tetap diberikan kepada mana-mana pesakit berdasarkan tahap kecemasan dan keperluan klinikal.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button