BERITA SEMASAPOLITIK

51 tahun BN: Tiang seri perjuangan negara bangsa – Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) terus menjadi lambang ketahanan politik dan perpaduan nasional meskipun telah menempuh pelbagai gelombang sejarah sepanjang 51 tahun penubuhannya, kata Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, BN bukan sekadar sebuah gabungan politik, tetapi merupakan gagasan jiwa yang merentasi perbezaan, menyatukan rakyat serta menjunjung prinsip demokrasi dan pembangunan inklusif demi kemakmuran negara.

“Dalam badai perubahan zaman, ketika dunia berubah arah dan angin politik bertukar haluan, Barisan Nasional tetap berdiri teguh dan tidak goyah,” katanya dalam kenyataan di Facebook sempena sambutan ulang tahun ke-51 BN hari ini.

Baca juga : BN perlu perkukuh jentera moden, bangunkan naratif baharu hadapi PRU-16 – Zahid

Ahmad Zahid turut merakamkan penghargaan kepada seluruh ahli dan jentera parti di semua peringkat atas kesetiaan serta komitmen yang tidak pernah luntur, termasuk dalam waktu sukar mahupun ketika diuji.

“Kesetiaan kalian adalah nadi kekuatan kita. Semangat kalian adalah nyawa kepada perjuangan ini,” kata Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

Dalam pada itu, beliau turut berharap ulang tahun kali ini menjadi detik muhasabah yang menyegarkan dan mencetuskan ilham untuk terus melangkah yakin dalam membina sejarah baharu negara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button