BERITA SEMASAPMX

Anwar hargai sumbangan Ouyang Yujing perkukuh hubungan Malaysia-China

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan penghargaan terhadap komitmen dan sumbangan Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia, Ouyang Yujing, sepanjang tempoh perkhidmatannya dalam memperkukuh hubungan Malaysia-China.

Perdana Menteri berkata, Malaysia dan China telah membina jalinan kukuh dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi, teknologi, pendidikan dan kebudayaan.

Beliau berkata, hubungan itu turut diperkukuh menerusi kerjasama strategik dalam projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), teknologi 5G, kecerdasan buatan (AI), pelabuhan dan industri nadir bumi yang membuka ruang baharu untuk manfaat bersama.

“Sewaktu menerima kunjungan hormat perpisahan daripada Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia, Ouyang Yujing, saya merakamkan penghargaan atas komitmen dan sumbangan beliau sepanjang tempoh perkhidmatan dalam memperkukuh kerjasama antara kedua-dua negara.

“Malaysia dan China telah membina jalinan yang kukuh dalam pelbagai bidang, termasuk ekonomi, teknologi, pendidikan dan kebudayaan, malah kerjasama strategik seperti ECRL, teknologi 5G, kecerdasan buatan, pelabuhan dan industri nadir bumi turut membuka ruang baharu untuk manfaat bersama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pertemuan itu, Anwar turut menerima kiriman khas daripada Premier Li Qiang berupa buku mengenai Hangzhou, yang baru-baru ini dikunjungi beliau dan merupakan kampung halaman pemimpin China berkenaan.

“Saya amat menghargai ingatan dan perhatian tersebut,” katanya.

Anwar berkata, Malaysia dan China akan terus memperkukuh persahabatan serta kerjasama yang sudah sekian lama terjalin, selain meneroka bidang baharu demi kepentingan rakyat, keamanan dan kemakmuran rantau.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button