BERITA SEMASA
PM ucap selamat kembali ke sekolah
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat kembali ke sekolah sempena sesi persekolahan 2026 yang bermula hari ini.
Dalam satu hantaran menerusi laman media sosialnya, Perdana Menteri turut mendoakan keberkatan ilmu yang dituntut setiap murid.
“Selamat kembali ke sekolah buat anak-anak, khususnya murid tahun satu yang memulakan langkah pertama ke alam persekolahan bersama cita-cita dan harapan.
Sesi persekolahan 2026 bermula Isnin hari ini manakala Kelantan, Kedah dan Terengganu bermula semalam.“Buat ibu bapa, iringlah perjalanan anak-anak dengan doa dan teladan yang baik.
“Semoga setiap ilmu dan nilai yang dipelajari membentuk mereka menjadi insan berakhlak, berilmu dan menyumbang kepada masa depan negara. Insya-Allah,” katanya.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








