PRN Sabah: 50 peratus calon BN orang muda
KOTA KINABALU – Barisan Nasional (BN) Sabah akan meletakkan 81 peratus calon baharu termasuk 50 peratus calon muda pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).
Perkara itu diumumkan Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, hari ini
“Saya ingin maklumkan 81 peratus adalah calon-calon muka baharu dan anak-anak muda untuk BN. Anak muda 50 peratus. Wanita ada tapi belum diputuskan tetapi memang ada,” katanya dalam sidang media di bangunan UMNO Sabah, di sini hari ini.
Beliau menambah, tarikh pengumuman calon akan ditentukan selepas mesyuarat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Khamis ini.
“Kami akan menamakan calon kami dan mengumumkan Aku Janji baharu seminggu sebelum penamaan calon,” katanya lagi.
Katanya, BN Sabah kini 100 peratus bersedia dan yakin dapat menggerakkan semua 654,000 ahlinya termasuk 474,200 yang merupakan pengundi berdaftar.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








