BERITA SEMASAPOLITIK

PRN Sabah: SPR nafi syarat tambahan semakan cukai LHDN

KOTA KINABALU – Maklumat mengenai calon wajib membuat semakan cukai pendapatan di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebagai syarat tambahan baharu bagi kelayakan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 adalah palsu.

Dalam satu hantaran di Facebook, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menafikan maklumat mengenai syarat tambahan yang disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp itu.

“Maklumat itu adalah palsu. Harap maklum,” menurut kenyataan itu.

SPR menetapkan 29 Novmber ini sebagai hari pengundian bagi PRN Sabah ke-17, manakala tarikh penamaan pada Sabtu ini serta tarikh pengundian awal 25 November

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button