Mayat dipercayai mangsa culik ditemukan ditanam di rumah kongsi
KAJANG – Misteri kehilangan seorang lelaki yang dipercayai diculik di Ampang Jaya terbongkar selepas mayat mangsa ditemukan ditanam di sebuah rumah kongsi di Jalan Sungai Lalang, Semenyih, di sini, kelmarin.
Penemuan itu susulan penahanan seorang suspek oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.
Menurut sumber, mangsa dipercayai diculik di sekitar Ampang Jaya sebelum polis menjalankan siasatan selepas menerima laporan berhubung kejadian itu.
“Pencarian membawa kepada penangkapan seorang suspek yang kemudian menunjukkan lokasi mayat berkenaan.
“Polis kini menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” memetik BH online.
Sementara itu, pihak polis masih belum memberikan pengesahan rasmi berhubung kejadian berkenaan.
Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian serta mengesan individu lain yang dipercayai terbabit.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








