Mayat lelaki ditemukan terapung di Sungai Gombak berhampiran LRT PWTC
KUALA LUMPUR – Mayat seorang lelaki dipercayai gelandangan ditemukan terapung di Sungai Gombak, berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (PWTC), di sini hari ini.
Menurut maklumat awal, penemuan mayat itu disedari orang awam yang lalu-lalang di kawasan berkenaan sebelum memaklumkan kepada pihak berkuasa.

Orang ramai memaklumkan mangsa dipercayai seorang pengemis yang sering berada di sekitar Stesen LRT PWTC.
Mangsa dilaporkan berbangsa Cina dan dianggarkan berusia dalam lingkungan 60-an.
Pasukan polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dilihat menjalankan operasi mengeluarkan mayat mangsa dari sungai sebaik menerima makluman.
Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak polis berhubung identiti mangsa mahupun punca kejadian, sementara siasatan lanjut masih dijalankan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan pihak berkuasa.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








