Mayat wanita dalam beg: Polis siasat motif kewangan
KUALA LUMPUR – Polis tidak menolak kemungkinan motif kewangan menjadi punca pembunuhan seorang wanita yang mayatnya ditemui dalam sebuah beg tertanam di belakang sebuah rumah kosong di Jalan Pedas–Linggi, Negeri Sembilan, pada Rabu.
Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, siasatan awal mendapati elemen kewangan antara aspek yang sedang diteliti namun siasatan menyeluruh masih dijalankan.
Menurutnya, seorang lelaki yang juga suami kepada wanita berkenaan telah ditahan di kawasan Genting Sempah, Selangor, pada petang kelmarin bagi membantu siasatan.
“Wanita berusia 53 tahun itu dilaporkan hilang sejak 8 Disember lalu. Bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian adalah akibat dicekik,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Muhammad Idzam berkata, setakat ini identiti mangsa masih belum dapat disahkan sepenuhnya kerana keadaan wajah yang sukar dikenal pasti, sekali gus memerlukan proses pengecaman lanjut.
Beliau menambah, siasatan diteruskan di bawah peruntukan undang-undang berkaitan dan polis akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







