BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Mayat lelaki di tangga rumah kedai di Puchong warganegara India berstatus PR

PUCHONG – Identiti seorang lelaki yang ditemui mati dipercayai dibunuh di bahagian tangga sebuah rumah kedai di Puchong Jaya di sini malam tadi telah dikenal pasti sebagai pemastautin tetap warganegara India.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, anggota bertugas di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang menerima maklumat berhubung penemuan mangsa daripada daripada seorang lelaki pada 7.03 malam.

Menurutnya, lelaki berusia 49 tahun itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di tangga rumah kedai berkenaan.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

“Kes masih dalam peringkat siasatan. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes ini boleh menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa dengan menghubungi balai polis berhampiran atau IPD Serdang di talian 03-80742222,” katanya dalam kenyataan di sini, sebentar tadi.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button