Mayat mangsa dihanyutkan kepala air di Sg Klang ditemui di Shah Alam
KUALA LUMPUR – Mayat pekerja projek penambahbaikan Sungai Klang yang dilaporkan hilang dipercayai akibat dihanyutkan kepala air sejak Ahad lalu, ditemukan di kawasan Kampung Sungai Kandis, Shah Alam, hari ini.
Perkembangan itu disahkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam, yang menyatakan mayat berkenaan ditemui kira-kira pukul 10.30 pagi.
Beliau berkata, satu sidang media akan diadakan bagi memaklumkan butiran lanjut mengenai penemuan tersebut.
“Mayat mangsa akan dibawa ke Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat,” katanya.
Ahad lalu, mangsa dilaporkan hilang selepas dihanyutkan kepala air ketika melakukan kerja penambahbaikan Sungai Klang berhampiran Pintasan Saloma, sekitar pukul 5.40 petang.
Ketika kejadian, seramai 13 pekerja berada di lokasi dan 12 daripadanya berjaya diselamatkan. Kumpulan pekerja itu terdiri daripada tujuh warga Indonesia, empat warga Bangladesh dan seorang warga tempatan.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kemudian digerakkan melibatkan lebih 200 anggota daripada pelbagai agensi.
Rabu lalu, kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero milik mangsa ditemukan kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi kejadian.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








