Murid Tahun Empat lemas jatuh lubang pembentong di sekolah
NILAI – Seorang murid Tahun Empat ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam lubang pembentong di kawasan sebuah sekolah dekat Lengggeng, pagi tadi.
Ketua Kampung Lenggeng, Azran Afziz Yazid berkata, kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu dikatakan disedari murid lain sebelum memaklumkan kejadian itu kepada guru yang sedang bertugas, lapor HM Online.
“Hari ini ada hari sukan sekolah. Ada murid lain beritahu guru yang rakan mereka jatuh ke dalam lubang berkenaan.
“Guru dan orang dewasa menyelamatkan mangsa yang tidak sedarkan. Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban dan pihak perubatan mengesahkan murid itu sudah meninggal dunia,” katanya.
Difahamkan, lubang berkenaan hanya ditutupi papan nipis menyebabkan kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun itu terjatuh dan lemas.
Selepas dikeluarkan, orang ramai cuba memberikan bantuan awal kepada kanak-kanak itu yang sudah tidak sedarkan diri.
Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








One Comment