BERITA SEMASA

Kanak-kanak perempuan 9 tahun hanyut dalam longkang di Mahkota Cheras

KAJANG : Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dikhuatiri dihanyutkan arus selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang sebuah kondominium di Bandar Mahkota Cheras, di sini, hari ini.

Dalam kejadian petang tadi, mangsa dilaporkan cuba mengambil bola sebelum terjatuh ke dalam arus longkang berkenaan yang ketika itu mengalir deras.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 7.08 malam.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang segera digerakkan ke lokasi sejurus menerima laporan.

“Ketika kejadian, arus longkang adalah deras dan mangsa disyaki telah dibawa arus,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat dijalankan bagi mengesan mangsa.

“Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Selangor turut digerakkan ke lokasi bagi membantu operasi,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button