BERITA SEMASA

Remaja lelaki lemas ketika mandi bersama rakan di Lata Tebing Tinggi

IPOH – Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditemukan lemas ketika mandi bersama rakan-rakannya di Lata Tebing Tinggi dekat Selama, petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berkenaan insiden itu pada 4.53 petang sebelum tiba ke lokasi kejadian 14 minit kemudian.

Beliau berkata, setibanya anggota pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat Selama di lokasi kejadian, didapati mangsa, S Muguthan telah dijumpai orang awam.

“Tindakan ketua operasi mengarahkan anggota membuat penyelamatan menggunakan kaedah CPR (resusitasi kardiopulmonari) namun tidak ada respons daripada mangsa.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM (Kementerian Kesihatan) yang hadir di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi tamat pada 5.50 petang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button