BERITA SEMASA

​Pembatalan pelantikan 10 Exco Negeri Sembilan diwartakan

SEREMBANYang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan menarik balik perkenan dan membatalkan pelantikan 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan berkuat kuasa serta-merta pada 20 September lalu.

​Menurut dokumen Warta Kerajaan Negeri Sembilan, keputusan tersebut dibuat berikutan pelanggaran ikrar taat setia oleh kesemua ahli Exco berkenaan yang sebelum ini telah mengangkat sumpah di hadapan baginda pada 7 Ogos lalu.

“​Berdasarkan perkara XXXVIII(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959, seseorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri selain daripada Menteri Besar memegang jawatannya selama diperkenan oleh baginda,” menurut warta itu.

​Senarai 10 Ahli Exco yang terlibat dengan pembatalan pelantikan tersebut ialah Datuk Mohd Faizal Ramli, Datuk Zaifulbahri Idris, Datuk Mustapha Nagoor, Siow Kong Choon, Siti Nur Umaira Hasim, Datuk Mohd Asna Amin, Datuk Mohd Razi bin Ali, Suhaimizan Bizar, Fairuz Mohd Isa dan Datuk Razali Abu Samah.

​Pembatalan pelantikan ini berkuat kuasa serta-merta pada 20 September 2026 dengan Titah Perintah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button